Kelas Usahawan - Asas Rancangan Perniagaan

14 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas usahawan bagi membantu peserta yang datang sendiri ke pusat internet untuk mendapatkan khidmat nasihat cara-cara membuat rancangan perniagaan. Kelas ini diadakan bagi mendedahkan penggunaan rancangan perniagaan kepada peserta untuk memohon sebarang bantuan kewangan serta menarik pelabur untuk melabur di dalam syarikat atau perniagaan yang akan dijalankan.

Selain itu, peserta turut diajarkan cara membuat penyata rancangan perniagaan bagi membolehkan peserta untuk mendapatkan jumlah peruntukan yang diperlukan bagi mengembangkan lagi perusahaan beliau. Peserta turut diajarkan cara untuk mencetak dokumen-dokumen yang diperlukan dan membuat salinan pada dokumen yang diperlukan sebagai rekod simpanan. Kelas berjalan dengan lancar dan baik sepanjang dua (2) jam iaitu bermula pada jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali